Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حَسَّنَ ظَنَّه بالناسِ كَثُرَتْ ندامتُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang banyak bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis no. 933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من حسن ظنه بالناس كثرت ندامته)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1152)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang banyak bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya. [Riwayat Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1152]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman