Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu dia bertanya tentang sesuatu, nescaya taubat akan dihalang daripadanya selama 40 malam

TEKS BAHASA ARAB

من أتى كاهنا، فسأله عن شيء، حجبت عنه ‌التوبة ‌أربعين ليلة، فإن صدقه بما قال، كفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu dia bertanya tentang sesuatu, nescaya taubat akan dihalang daripadanya selama 40 malam. Manakala jika dia mempercayai apa yang dikatakannya (tukang tilik), nescaya dia menjadi kufur.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis nombor 2989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً بهذا السياق) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أتى كاهناً، فسأله عن شيءٍ، حُجِبت عنه ‌التوبة ‌أربعين ليلة، فإن صدّقه بما قال، كفر)). [طب، ((الضعيفة)) (6674)]


(Sangat lemah dengan konteks ini) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu dia bertanya tentang sesuatu, nescaya taubat akan dihalang daripadanya selama 40 malam. Manakala jika dia mempercayai apa yang dikatakannya (tukang tilik), nescaya dia menjadi kufur. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6674].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs