Barang siapa yang yang makan satu suapan

TEKS BAHASA ARAB

من أكل لقمة – أو قال: كسرة. يعني: وجدها في مجرى الغائط أو البول، فأماط الأذى عنها، وغسلها غسلا ناعما، ثم أكلها -؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang yang makan satu suapan – atau baginda bersabda: satu cebisan -, iaitu yang dijumpai di salur tahi atau air kencing, lalu dia menghilangkan kekotoran daripada makanan tersebut dan membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya makanan itu tidak akan menetap di perutnya sehinggalah diampunkan baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 422, hadis nombor 2276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن فاطمة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «من أكل لقمة – أو قال: كسرة. يعني: وجدها في مجرى الغائط أو البول، فأماط الأذى عنها، وغسلها غسلا ناعما، ثم أكلها -؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له». [الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (5724)].

(Palsu) Daripada Fatimah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang yang makan satu suapan – atau baginda bersabda: satu cebisan -, iaitu yang dijumpai di salur tahi atau air kencing, lalu dia menghilangkan kekotoran daripada makanan tersebut dan membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya makanan itu tidak akan menetap di perutnya sehinggalah diampunkan baginya". [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5724].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs