Barang siapa yang ucap: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, ketika mendengar bersin, akan bebas daripada sakit gigi dan telinga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال عند كل عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan ketika mendengar bersin:
الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان
"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dalam setiap keadaan dia berada",
dia tidak akan terkena sakit gigi dan telinga buat selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1563, hadis nombor 7917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن علي-رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من قال عند كل عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا)). [ش،خد،ك،((الضعيفة)) (6138)].

(Mawquf (disandarkan kepada sahabat) Daif) Daripada Ali RA, secara marfu’ (Disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mengucapkan ketika mendengar bersin:
الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان
"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dalam setiap keadaan dia berada",
dia tidak akan terkena sakit gigi dan telinga buat selama-lamanya.
[Diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaibah, al-Bukhari dalam Kitab al-Adab al-Mufrad dan al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.