Barang siapa yang tidak reda dengan qadak-Ku dan (tidak) bersabar dengan ujian-Ku, maka hendaklah dia mencari tuhan selain daripada-Ku

TEKS BAHASA ARAB

قال الله – تبارك وتعالى -: من لم يرض بقضائي، ويصبر على بلائي، فليلتمس ربا سوائي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: "Barang siapa yang tidak reda dengan qadak-Ku dan (tidak) bersabar dengan ujian-Ku, maka hendaklah dia mencari tuhan selain daripada-Ku".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هند الداري مرفوعا: «قال الله – تبارك وتعالى -: من لم يرض بقضائي، ويصبر على بلائي، فليلتمس ربا سوائي». [ابن حبان في «المجروحين»، طب، الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، الخطيب في «التلخيص»، ابن عساكر، «الضعيفة» (505)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hind al-Dari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: "Barang siapa yang tidak reda dengan qadak-Ku dan (tidak) bersabar dengan ujian-Ku, maka hendaklah dia mencari tuhan selain daripada-Ku." [Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Majruhin, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, al-Khatib dalam al-Talkhis dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 505].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs