Barang siapa yang tidak reda dengan qadak Allah dan (tidak) beriman dengan takdir-Nya, maka hendaklah dia mencari tuhan selain Allah

TEKS BAHASA ARAB

من لم يرض بقضاء الله، ويؤمن بقدر الله، فليلتمس إلها غير الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang tidak reda dengan qadak Allah dan (tidak) beriman dengan takdir-Nya, maka hendaklah dia mencari tuhan selain Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «من لم يرض بقضاء الله، ويؤمن بقدر الله، فليلتمس إلها غير الله». [طص، طس، خط، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (506)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang tidak reda dengan qadak Allah dan (tidak) beriman dengan takdir-Nya, maka hendaklah dia mencari tuhan selain Allah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan al-Mu’jam al-Awsat, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 506].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs