Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ لمْ يحلقْ عانتَهُ، ويُقلِّم أظفارَهُ، ويجزَّ شاربَهُ؛ فليسَ منا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, mengetip kuku-kukunya dan membiarkan (tumbuh panjang) misainya, maka dia bukan daripada kalangan kami.
Sahabat Perawi
- Bani Ghifar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 492, hadis no. 2648.
(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada Bani Ghifar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, mengetip kuku-kukunya dan membiarkan (tumbuh panjang) misainya, maka dia bukan daripada kalangan kami.[Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4654].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman