Barang siapa yang tidak memuji Allah di atas amalan salih yang dilakukan dan dia memuji dirinya, akan kuranglah syukurnya serta gugur amalannya

TEKS BAHASA ARAB

من لم يحمد الله على ما عمل من عمل صالح، وحمد نفسه، قل شكره، وحبط عمله. ومن زعم أن الله جعل للعباد من الأمر شيئا؛ فقد كفر بما أنزل الله على أنبيائه؛ لقوله: {ألا له الخلق والأمر تبارك الله أحسن الخالقين}[الأعراف 54].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang tidak memuji Allah di atas amalan salih yang dilakukan dan dia memuji dirinya, akan kuranglah syukurnya serta gugurlah amalannya (sia-sialah amalannya). Barang siapa yang mendakwa bahawa Allah menjadikan bagi hamba-hamba-Nya daripada sesuatu urusan-Nya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya berdasarkan firman Allah: “Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan”. [al-A’raf: 54]

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis nombor 7928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد العزيز الشامي عن أبيه-وكانت له صحبة-مرفوعا: ((مَنْ لم يَحْمِدِ اللهَ على ما عَمِلَ من عملٍ صالحٍ، وحَمِدَ نفسَه، قلَّ شكرُه، وحَبِطَ عملُه. ومَنْ زعم أن اللهَ جعل للعباد من الأمر شيئاً؛ فقد كَفَرَ بما أنزل اللهُ على أنبيائه؛ لقوله: {أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ أحسنُ الخالقين} )). [ابن جرير،((الضعيفة)) (6064)].

(Palsu) Daripada Abd al-Aziz al-Syami RA daripada ayahnya, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang tidak memuji Allah di atas amalan salih yang dilakukan dan dia memuji dirinya, akan kuranglah syukurnya serta gugurlah amalannya (sia-sialah amalannya). Barang siapa yang mendakwa bahawa Allah menjadikan bagi hamba-hamba-Nya daripada sesuatu urusan-Nya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya berdasarkan firman Allah:
{أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ أحسنُ الخالقين}
“Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan”[al-A’raf: 54].
[Diriwayatkan oleh Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6064].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs