Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ لم يَحْمِدِ اللهَ على ما عَمِلَ من عملٍ صالحٍ، وحَمِدَ نفسَه، قلَّ شكرُه، وحَبِطَ عملُه. ومَنْ زعم أن اللهَ جعل للعباد من الأمر شيئاً؛ فقد كَفَرَ بما أنزل اللهُ على أنبيائه؛ لقوله: {أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ أحسنُ الخالقين} [الأعراف 54].
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang tidak memuji Allah di atas amalan salih yang dilakukan dan dia memuji dirinya, akan kuranglah syukurnya serta gugurlah amalannya (sia-sialah amalannya). Barang siapa yang mendakwa bahawa Allah menjadikan bagi hamba-hamba-Nya daripada sesuatu urusan-Nya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya berdasarkan firman Allah: “Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan”. [al-A’raf: 54]
Sahabat Perawi
- Abd al-Aziz al-Syami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد العزيز الشامي عن أبيه-وكانت له صحبة-مرفوعا: ((مَنْ لم يَحْمِدِ اللهَ على ما عَمِلَ من عملٍ صالحٍ، وحَمِدَ نفسَه، قلَّ شكرُه، وحَبِطَ عملُه. ومَنْ زعم أن اللهَ جعل للعباد من الأمر شيئاً؛ فقد كَفَرَ بما أنزل اللهُ على أنبيائه؛ لقوله: {أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ أحسنُ الخالقين} )). [ابن جرير،((الضعيفة)) (6064)].
(Palsu) Daripada Abd al-Aziz al-Syami RA daripada ayahnya, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang tidak memuji Allah di atas amalan salih yang dilakukan dan dia memuji dirinya, akan kuranglah syukurnya serta gugurlah amalannya (sia-sialah amalannya). Barang siapa yang mendakwa bahawa Allah menjadikan bagi hamba-hamba-Nya daripada sesuatu urusan-Nya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya berdasarkan firman Allah: {أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ أحسنُ الخالقين} “Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan”[al-A’raf: 54]. [Diriwayatkan oleh Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6064].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman