Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لَمْ يَكُن لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَسْتَغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ فإنَّهُ صَدَقَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah dengannya, maka beristighfarlah kepada Allah untuk orang yang beriman kerana itu merupakan sedekah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:((من لم يكن له مال يتصدق به فليستغفر للمؤمنين فإنه صدقة)). [الطبراني في ((الدعاء))،طس، ((الضعيفة)) (6122)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah dengannya, maka beristighfarlah kepada Allah untuk orang yang beriman kerana itu merupakan sedekah. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Du'a dan di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6122].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman