Barang siapa yang tidak dilihat pergi dan pulangnya dari masjid daripada jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لم ير غدوه ورواحه إلى المسجد من سبيل الله – أو في سبيل الله – فقد قصر عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang tidak dilihat pergi dan pulangnya dari masjid daripada jalan Allah – atau pada jalan Allah –, maka sungguh dia telah mengurangkan amalannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 379, hadis nombor 2011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم الدرداء الأنصارية – رضي الله عنها – أنها سمعت رسول الله ﷺ يقول: «من لم ير غدوه ورواحه إلى المسجد من سبيل الله – أو في سبيل الله – فقد قصر عمله». [الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (6818)].

(Palsu) Daripada Ummu al-Darda’ al-Ansariah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Barang siapa yang tidak dilihat pergi dan pulangnya dari masjid daripada jalan Allah – atau pada jalan Allah –, maka sungguh dia telah mengurangkan amalannya.” [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6818].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.