Barang siapa yang telah berbuat kebaikan kepada kamu maka balaslah kebaikan itu

TEKS BAHASA ARAB

من اصطنع إليكم معروفاً فجازوه، فإن عجزتم عن مجازاته؛ فادعوا له حتى تعلموا أنكم قد شكرتم؛ فإن الله شاكر يحب الشاكرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang telah berbuat kebaikan kepada kamu maka balaslah kebaikan itu, jika kamu tidak mampu untuk membalasnya maka doakanlah mereka sehingga mereka tahu bahawa sesungguhnya kamu telah bersyukur. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mensyukuri dan menyukai orang-orang yang mensyukuri orang lain.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1512, hadis nombor 7696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من اصطنع إليكم معروفاً فجازوه، فإن عجزتم عن مجازاته؛ فادعوا له حتى تعلموا أنكم قد شكرتم؛ فإن الله شاكر يحب الشاكرين.)) [طس، (الضعيفة)) (5310)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang telah berbuat kebaikan kepada kamu maka balaslah kebaikan itu, jika kamu tidak mampu untuk membalasnya maka doakanlah mereka sehingga mereka tahu bahawa sesungguhnya kamu telah bersyukur. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mensyukuri dan menyukai orang-orang yang mensyukuri orang lain.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5310].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs