Barang siapa yang suka untuk menjadi orang yang paling kuat

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يكون أقوى الناس؛ فليتوكل على الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang suka untuk menjadi orang yang paling kuat, maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من سره أن يكون أقوى الناس؛ فليتوكل على الله)). [ابن أبي الدنيا في ((التوكل على الله -عز وجل-))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4602)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang suka untuk menjadi orang yang paling kuat, maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.
[Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Kitab al-Tawakkal ‘ala Allah ‘Azza wa Jalla dan Abu Nu‘aim dalam kitab Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4602].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs