Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang suka agar Allah memperbanyakkan kebaikan rumahnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ أحبَّ أنْ يُكَثِّرَ اللهُ خيرَ بَيْتِهِ؛ فلْيَتَوَضَّأْ إذا حضَرَ غَدَاؤُهُ وإذا رُفِعَ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang suka agar Allah memperbanyakkan kebaikan rumahnya, maka hendaklah dia berwuduk apabila dihidangkan juadah makanan tengah hari dan apabila ia dialihkan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، مرفوعا: «من أحب أن يكثر الله خير بيته؛ فليتوضأ إذا حضر غداؤه وإذا رفع». [هـ، أبو الشيخ في «كتاب أخلاق النبي ﷺ وآدابه»، عد، ابن النجار في «ذيل تاريخ بغداد»، «الضعيفة» (117)].

(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa yang suka agar Allah memperbanyakkan kebaikan rumahnya, maka hendaklah dia berwuduk apabila dihidangkan juadah makanan tengah hari dan apabila ia dialihkan". [Riwayat Ibn Majah, Abu al-Shaykh dalam kitab Akhlaq al-Nabi wa Adabuh, Ibn ‘Adi dan Ibn al-Najjar dalam Zayl Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 117].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.