Barang siapa yang solat sebahagian malam maka hendaklah dia menguatkan bacaannya

TEKS BAHASA ARAB

من صلى منكم من الليل، فليجهر بقراءته، فان الملائكة تصلى وتسمع لقراءته، وإن مسلمى الجن الذين يكونون في الهواء، وجيرانه الذين يكونون في مسكنه، يصلون بصلاته ويستمعون لقراءته، فإنه يطرد بجهره قراءته عن داره ومن نزلها من فساق الشياطين ومردة الجن. وما من رجل يعلم كتاب الله عن ظهر قلبه، يريد به وجه الله، ثم صلى به من الليل ساعة معلومة، إلا أمرت به الليلة الماضية الليلة المستقبلة أن تكون عليه خفيفة، وأن ينبه في ساعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang solat pada sebahagian malam, maka hendaklah dia menguatkan bacaanya, kerana sesungguhnya malaikat berselawat dan mendengar bacaannya. Dan jin Islam yang berada di udara serta jirannya yang berada di dalam tempat tinggal mereka turut berselawat dan mendengar bacaan al-Qurannya. Sesungguhnya dengan sebab bacaan kuatnya itu, akan dihalau dari rumahnya syaitan dan jin yang sangat jahat. Tidak ada seorang lelaki yang menghafal kitab (al-Quran) demi mengharapkan keredhaan Allah kemudian dia bersolat dengan membaca hafalannya pada sebahagian waktu malam melainkan malam yang lepas akan memerintahkan kepada malam yang akan datang agar diberikan ke atasnya keringanan supaya dia tersedar pada waktu itu.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1595, hadis nombor 8056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبادة بن الصامت قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى منكم من الليل، فليجهر بقراءته، فان الملائكة تصلى وتسمع لقراءته، وإن مسلمي الجن الذين يكونون في الهواء، وجيرانه الذين يكونون في مسكنه، يصلون بصلاته ويستمعون لقراءته، فإنه يطرد بجهره قراءته عن داره ومن نزلها من فساق الشياطين ومردة الجن. وما من رجل يعلم كتاب الله عن ظهر قلبه، يريد به وجه الله، ثم صلى به من الليل ساعة معلومة، إلا أمرت به الليلة الماضية الليلة المستقبلة أن تكون عليه خفيفة، وأن ينبه في ساعته)). الحديث بطوله في نحو صفحتين. [ابن أبي الدنيا في ((التهجد))، عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6821)].

(Palsu)
Daripada Ubadah bin Somit beliau berkata: Baginda SAW bersabda: ((Barang siapa yang solat pada sebahagian malam, maka hendaklah dia menguatkan bacaanya, kerana sesungguhnya malaikat berselawat dan mendengar bacaannya. Dan jin Islam yang berada di udara serta jirannya yang berada di dalam tempat tinggal mereka turut berselawat dan mendengar bacaan al-Qurannya. Sesungguhnya dengan sebab bacaan kuatnya itu, akan dihalau dari rumahnya syaitan dan jin yang sangat jahat. Tidak ada seorang lelaki yang menghafal kitab (al-Quran) demi mengharapkan keredhaan Allah kemudian dia bersolat dengan membaca hafalannya pada sebahagian waktu malam melainkan malam yang lepas akan memerintahkan kepada malam yang akan datang agar diberikan ke atasnya keringanan supaya dia tersedar pada waktu itu…Hadith panjang dengan riwayatnya dianggarkan sebanyak dua muka surat.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud, al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Daifah no. 6821].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs