Barang siapa yang solat dengan surah al-Dukhan pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

من صلى بسورةِ {الدخان} ليلة؛ بات يستغفر له سبعون ألف ملك حتى يصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang solat dengan membaca surah al-Dukhan pada waktu malam. Akan beristighfar untuknya 70 ribu malaikat secara berterusan sehingga subuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis nombor 8065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى بسورةِ {الدخان} ليلة؛ بات يستغفر له سبعون ألف ملك حتى يصبح)). [عد، أبو القاسم الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6734)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Barang siapa yang solat dengan surah al-Dukhan pada waktu malam. Akan beristighfar untuknya 70 ribu malaikat secara berterusan sehingga subuh.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Abu al-Qasim al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6734].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs