Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلَّى بسورةِ الدُّخَانِ ليلةً، باتَ يَستغفرُ له سبعونَ ألفَ مَلَكٍ حتى يُصبحَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang solat dengan membaca surah al-Dukhan pada waktu malam. Akan beristighfar untuknya 70 ribu malaikat secara berterusan sehingga subuh.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis no. 8065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى بسورةِ {الدخان} ليلة؛ بات يستغفر له سبعون ألف ملك حتى يصبح)). [عد، أبو القاسم الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6734)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: ((Barang siapa yang solat dengan surah al-Dukhan pada waktu malam. Akan beristighfar untuknya 70 ribu malaikat secara berterusan sehingga subuh.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Abu al-Qasim al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6734].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman