Barang siapa yang selesai menunaikan solat Jumaat, dan mengucapkan Maha Suci Yang Maha Agung dan segala pujian bagi-Nya sebanyak seratus kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال بعدما يقضي الجمعة: سبحان الله العظيم وبحمده؛ مائة مرة، غفر الله له مائة ألف ذنب، ولوالديه أربعة وعشرين ألف ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang selesai menunaikan solat Jumaat, dan mengucapkan Maha Suci Yang Maha Agung dan segala pujian bagi-Nya sebanyak seratus kali, diampunkan oleh Allah baginya seratus ribu dosa dan juga kedua ibu bapanya sebanyak dua puluh empat ribu dosa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis nombor 7915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال بعدما يقضي الجمعة: سبحان الله العظيم وبحمده؛ مائة مرة، غفر الله له مائة ألف ذنب، ولوالديه أربعة وعشرين ألف ذنب)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (6493)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang selesai menunaikan solat Jumaat, dan mengucapkan Maha Suci Yang Maha Agung dan segala pujian bagi-Nya sebanyak seratus kali, diampunkan oleh Allah baginya seratus ribu dosa dan juga kedua ibubapanya sebanyak dua puluh empat ribu dosa. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6493].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.