Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ بَعْدَمَا يَقْضِي الْجُمُعَةَ: سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ؛ مِائَةَ مَرَّةٍ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مِائَةَ أَلْفِ ذَنْبٍ، وَلِوَالِدَيْهِ أَرْبَعَةً وَعِشْرِينَ أَلْفَ ذَنْبٍ
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang selesai menunaikan solat Jumaat, dan mengucapkan Maha Suci Yang Maha Agung dan segala pujian bagi-Nya sebanyak seratus kali, diampunkan oleh Allah baginya seratus ribu dosa dan juga kedua ibu bapanya sebanyak dua puluh empat ribu dosa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis no. 7915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال بعدما يقضي الجمعة: سبحان الله العظيم وبحمده؛ مائة مرة، غفر الله له مائة ألف ذنب، ولوالديه أربعة وعشرين ألف ذنب)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (6493)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang selesai menunaikan solat Jumaat, dan mengucapkan Maha Suci Yang Maha Agung dan segala pujian bagi-Nya sebanyak seratus kali, diampunkan oleh Allah baginya seratus ribu dosa dan juga kedua ibubapanya sebanyak dua puluh empat ribu dosa. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6493].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman