Barang siapa yang perangainya menyakiti hamba, haiwan dan juga kanak-kanak

TEKS BAHASA ARAB

من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنيه: {أفغير دين الله يبغون…}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang perangainya menyakiti hamba, haiwan dan juga kanak-kanak, maka bacakanlah pada kedua telinganya ayat ini: {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?…}.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنه: ((أفغير دين الله يبغون. . .)). [طس، ((الضعيفة)) (5601)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Barang siapa yang perangainya menyakiti hamba, haiwan dan juga kanak-kanak, maka bacakanlah pada kedua telinganya ayat ini: {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?…}. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5601]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs