Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ سَاءَ خُلُقَهُ مِنْ الرَّقِيقِ وَالدَّوَابِّ وَالصِّبْيَانِ؛ فَاقْرَأُوا فِي أُذُنِيْهِ: {أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ...}.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang perangainya menyakiti hamba, haiwan dan juga kanak-kanak, maka bacakanlah pada kedua telinganya ayat ini: {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?...}.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنه: ((أفغير دين الله يبغون. . .)). [طس، ((الضعيفة)) (5601)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Barang siapa yang perangainya menyakiti hamba, haiwan dan juga kanak-kanak, maka bacakanlah pada kedua telinganya ayat ini: {Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah?...}. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5601]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman