Barang siapa yang pening kepalanya pada jalan Allah lalu dia (bersabar dan) mengharap ganjaran (dari Allah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب؛ غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang pening kepalanya pada jalan Allah lalu dia (bersabar dan) mengharap ganjaran (dari Allah), akan diampunkan baginya dosa-dosa yang sebelum itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من صدع رأسه في سبيل الله فاحتسب؛ غفر له ما كان قبل ذلك من ذنب)). [ش، عبد بن حميد، أحمد بن الفرات في ((جزئه))، عد، البزار، طب، خط، هب، ((الضعيفة)) (4615)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang pening kepalanya pada jalan Allah lalu dia (bersabar dan) mengharap ganjaran (dari Allah), akan diampunkan baginya dosa-dosa yang sebelum itu.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah, ‘Abd bin Humaid, Ahmad bin al-Furat dalam “juzuk”nya, Ibn ‘Adi, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi, al-Baihaqi dalam Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4615].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.