Barang siapa yang minum arak, nescaya Allah akan mengeluarkan cahaya iman dari dalam dirinya

TEKS BAHASA ARAB

من شرب ‌خمرا، أخرج الله ‌نور الإيمان من جوفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang minum arak, nescaya Allah akan mengeluarkan cahaya iman dari dalam dirinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 582, hadis nombor 2992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من شرب ‌خمراً؛ أخرجَ الله ‌نورَ الإيمانِ من جوفه)). [طس، ((الضعيفة)) (6657)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barang siapa yang minum arak, nescaya Allah akan mengeluarkan cahaya iman dari dalam dirinya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6657].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs