Barang siapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من شرب الخمر فجعلها في بطنه لم يقبل الله منه صلاة سبعا إن مات فيها (وفي رواية: فيهن) مات كافرا، فإن أذهبت عقله عن شيء من الفرائض (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لم تقبل له صلاة أربعين يوما، إن مات فيها (وفي الأخرى: فيهن) مات كافرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari. Jika dia mati ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Manakala jika arak itu menyebabkan akalnya hilang (dari menunaikan) mana-mana perkara fardu (dalam sesetengah riwayat: al-Qur’an), nescaya solatnya tidak diterima selama 40 hari. Jika dia mati dalam ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581 – 582, hadis nombor 2991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ ‌فَجَعَلَهَا فِي ‌بَطْنِهِ لَمْ يَقْبَلْ اللَّهُ مِنْهُ صَلَاةً سَبْعًا إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي رواية: فيهن) مَاتَ كَافِرًا، فَإِنْ أَذْهَبَتْ عَقْلَهُ عَنْ شَيْءٍ مِنْ الْفَرَائِضِ (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي الأخرى: فيهن) مَاتَ كَافِرًا)) .[ن، طب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6874)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barangsiapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari. Jika dia mati ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Manakala jika arak itu menyebabkan akalnya hilang (dari menunaikan) mana-mana perkara fardu (dalam sesetengah riwayat: al-Qur’an), nescaya solatnya tidak diterima selama 40 hari. Jika dia mati dalam ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. [Riwayat al-Nasa'i dalam Sunannya, Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan Riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6874]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.