Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari

Teks Bahasa Arab

مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ ‌فَجَعَلَهَا فِي ‌بَطْنِهِ لَمْ يَقْبَلْ اللَّهُ مِنْهُ صَلَاةً سَبْعًا إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي رواية: فيهن) مَاتَ كَافِرًا، فَإِنْ أَذْهَبَتْ عَقْلَهُ عَنْ شَيْءٍ مِنْ الْفَرَائِضِ (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي الأخرى: فيهن) مَاتَ كَافِرًا.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari. Jika dia mati ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Manakala jika arak itu menyebabkan akalnya hilang (dari menunaikan) mana-mana perkara fardu (dalam sesetengah riwayat: al-Qur’an), nescaya solatnya tidak diterima selama 40 hari. Jika dia mati dalam ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amru RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581 - 582, hadis no. 2991.

(منكر) عن عبد الله بن عمرو –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ ‌فَجَعَلَهَا فِي ‌بَطْنِهِ لَمْ يَقْبَلْ اللَّهُ مِنْهُ صَلَاةً سَبْعًا إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي رواية: فيهن) مَاتَ كَافِرًا، فَإِنْ أَذْهَبَتْ عَقْلَهُ عَنْ شَيْءٍ مِنْ الْفَرَائِضِ (وفي الرواية الأخرى: القرآن) لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، إِنْ مَاتَ فِيهَا (وفي الأخرى: فيهن) مَاتَ كَافِرًا)) .[ن، طب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6874)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin 'Amru RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barangsiapa yang minum arak dan memasukkan arak itu ke dalam perutnya, nescaya Allah tidak akan menerima solatnya selama tujuh hari. Jika dia mati ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. Manakala jika arak itu menyebabkan akalnya hilang (dari menunaikan) mana-mana perkara fardu (dalam sesetengah riwayat: al-Qur’an), nescaya solatnya tidak diterima selama 40 hari. Jika dia mati dalam ketika itu, maka dia mati dalam keadaan kafir. [Riwayat al-Nasa'i dalam Sunannya, Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, dan Riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6874]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.