TEKS BAHASA ARAB
من استشفى بغير القرآن؛ فلا شفاه الله – تعالى -.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang minta diubati dengan sesuatu selain daripada al-Qur’an, maka Allah Ta’ala tidak akan menyembuhkannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع): ((من استشفى بغير القرآن؛ فلا شفاه الله – تعالى -)). [أورده الصغاني في ((الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (153)].
(Palsu) Barang siapa yang minta diubati dengan sesuatu selain daripada al-Qur’an, maka Allah Ta’ala tidak akan menyembuhkannya. [Riwayat al-Saghani dalam al-Ahadis al-Mawdhu’ah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 153].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.