Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اسْتَشْفى بغَيرِ القُرْآنِ؛ فلا شَفَاهُ اللهُ - تَعالى -.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang minta diubati dengan sesuatu selain daripada al-Qur’an, maka Allah Ta'ala tidak akan menyembuhkannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis no. 5905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع): ((من استشفى بغير القرآن؛ فلا شفاه الله - تعالى -)). [أورده الصغاني في ((الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (153)].
(Palsu) Barang siapa yang minta diubati dengan sesuatu selain daripada al-Qur’an, maka Allah Ta'ala tidak akan menyembuhkannya. [Riwayat al-Saghani dalam al-Ahadis al-Mawdhu’ah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 153].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman