Barang siapa yang mewalikan sepuluh orang maka dia menghukum mereka berdasarkan apa yang mereka suka atau benci

TEKS BAHASA ARAB

من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف، فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mewalikan (memberikan keputusan) kepada sepuluh orang, maka dia menghukum mereka berdasarkan apa yang mereka suka atau benci (tidak mengikut petunjuk wahyu), maka dia akan didatangi pada hari kiamat dalam keadaan tangannya terebelenggu ke lehernya. Sekiranya dia berhukum berdasarkan apa yang telah Allah turunkan, dan dia tidak mengambil rasuah dengan hukumnya dan tidak memberikannya (rasuah), maka Allah akan membebaskannya pada hari kiamat iaitu hari yang tiada kemarahan melainkan kemarahan-Nya. Dan sekiranya dia menghukum bukan berdasarkan apa yang Allah SWT turunkan dan mengambil rasuah dalam meletakkan hukum serta berlaku berat sebelah, maka tangan sebelah kanannya diikat dengan tangan kirinya dan dia akan dicampakkan ke jahannam dan dia tidak sampai ke bawahnya selama lima ratus tahun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1602, hadis nombor 8084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس مرفوعاً: ((من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام)). [ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mewalikan (memberikan keputusan) kepada sepuluh orang, maka dia menghukum mereka berdasarkan apa yang mereka suka atau benci (tidak mengikut petunjuk wahyu), maka dia akan didatangi pada hari kiamat dalam keadaan tangannya terebelenggu ke lehernya. Sekiranya dia berhukum berdasarkan apa yang telah Allah turunkan, dan dia tidak mengambil rasuah dengan hukumnya dan tidak memberikannya (rasuah), maka Allah akan membebaskannya pada hari kiamat iaitu hari yang tiada kemarahan melainkan kemarahan-Nya. Dan sekiranya dia menghukum bukan berdasarkan apa yang Allah SWT turunkan dan mengambil rasuah dalam meletakkan hukum serta berlaku berat sebelah, maka tangan sebelah kanannya diikat dengan tangan kirinya dan dia akan dicampakkan ke jahannam dan dia tidak sampai ke bawahnya selama lima ratus tahun.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6870].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.