Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من وُلِّيَ على عشرةٍ، فحكمَ بينهم بما أحبُّوا أو كرهوا، جيءَ بهِ يومَ القيامةِ مغلولةٌ يداهُ إلى عنقِهِ، فإن حكمَ بما أنزلَ اللهُ، ولم يَرْتَشِ في حُكْمِهِ، ولم يَحْفِ، فكَّ اللهُ عنهُ يومَ القيامةِ يومَ لا غُلَّ إلا غُلُّهُ، وإن حكمَ بغيرِ ما أنزلَ اللهُ تعالى، وارتَشَى في حُكْمِهِ، وحَابَى، شُدَّتْ يسارُه إلى يمينِه، ورُمِيَ بهِ في جهنمَ، فلم يبلغْ قعرَها خمسُ مئةِ عامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mewalikan (memberikan keputusan) kepada sepuluh orang, maka dia menghukum mereka berdasarkan apa yang mereka suka atau benci (tidak mengikut petunjuk wahyu), maka dia akan didatangi pada hari kiamat dalam keadaan tangannya terebelenggu ke lehernya. Sekiranya dia berhukum berdasarkan apa yang telah Allah turunkan, dan dia tidak mengambil rasuah dengan hukumnya dan tidak memberikannya (rasuah), maka Allah akan membebaskannya pada hari kiamat iaitu hari yang tiada kemarahan melainkan kemarahan-Nya. Dan sekiranya dia menghukum bukan berdasarkan apa yang Allah SWT turunkan dan mengambil rasuah dalam meletakkan hukum serta berlaku berat sebelah, maka tangan sebelah kanannya diikat dengan tangan kirinya dan dia akan dicampakkan ke jahannam dan dia tidak sampai ke bawahnya selama lima ratus tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1602, hadis no. 8084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس مرفوعاً: ((من ولي على عشرة فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه، فإن حكم بما أنزل الله ولم يرتش في حكمه ولم يحف فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله وإن حكم بغير ما أنزل الله تعالى وارتشى في حكمه وحابى شدت يساره إلى يمينه ورمي به في جهنم فلم يبلغ قعرها خمس مائة عام)). [ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mewalikan (memberikan keputusan) kepada sepuluh orang, maka dia menghukum mereka berdasarkan apa yang mereka suka atau benci (tidak mengikut petunjuk wahyu), maka dia akan didatangi pada hari kiamat dalam keadaan tangannya terebelenggu ke lehernya. Sekiranya dia berhukum berdasarkan apa yang telah Allah turunkan, dan dia tidak mengambil rasuah dengan hukumnya dan tidak memberikannya (rasuah), maka Allah akan membebaskannya pada hari kiamat iaitu hari yang tiada kemarahan melainkan kemarahan-Nya. Dan sekiranya dia menghukum bukan berdasarkan apa yang Allah SWT turunkan dan mengambil rasuah dalam meletakkan hukum serta berlaku berat sebelah, maka tangan sebelah kanannya diikat dengan tangan kirinya dan dia akan dicampakkan ke jahannam dan dia tidak sampai ke bawahnya selama lima ratus tahun.)) [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6870].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman