Barang siapa yang merindui syurga, dia berlumba melakukan kebaikan dan barang siapa yang takut kepada neraka, dia abaikan syahwat

TEKS BAHASA ARAB

من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang merindui syurga, dia akan berlumba melakukan kebaikan dan barang siapa yang takut kepada neraka, dia akan mengabaikan seruan syahwat. Dan barang siapa yang berwaspada dengan kematian, dia akan bersabar daripada kelazatan (dunia). Barang siapa yang berzuhud di dunia, musibah di dunia menjadi mudah baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis nombor 8804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.)) [حل، خط، تمام، أبو القاسم الحلبي في ((حديثه))، الرزاز في ((المشيخة))، القضاعي، الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي فى ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن عساكر ((تعزية المسلم))، وأبوه أيضا، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550) ].

(Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang merindui syurga, dia akan berlumba melakukan kebaikan dan barang siapa yang takut kepada neraka, dia akan mengabaikan seruan syahwat. Dan barang siapa yang berwaspada dengan kematian, dia akan bersabar daripada kelazatan (dunia). Barang siapa yang berzuhud di dunia, musibah di dunia menjadi mudah baginya.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Khatib dalam al-Tarikh, Tammam, Abu al-Qasim al-Halabi dalam hadithnya, al-Razzaz dalam Al-Mashikhah, al-Qudha’i, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-Abdi dalam juznya, Ibn Asakir, al-Qasim bin Asakir Takziah al-Muslim dan ayahnya juga dan al-Rafi’iy. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4550].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs