Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اشتاق إلى الجنةِ؛ سابَقَ إلى الخيراتِ. ومَنْ أَشفَقَ مِنَ النارِ؛ لَهَا عَنِ الشهواتِ. ومَنْ تَرَقَّبَ الموتَ؛ صَبَر عَنِ اللَّذَّاتِ. ومَنْ زَهَد في الدنيا؛ هانَتْ عليه المُصيباتُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang merindui syurga, dia akan berlumba melakukan kebaikan dan barang siapa yang takut kepada neraka, dia akan mengabaikan seruan syahwat. Dan barang siapa yang berwaspada dengan kematian, dia akan bersabar daripada kelazatan (dunia). Barang siapa yang berzuhud di dunia, musibah di dunia menjadi mudah baginya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من اشتاق إلى الجنة؛ سابق إلى الخيرات. ومن أشفق من النار؛ لها عن الشهوات. ومن ترقب الموت؛ صبر عن اللذات. ومن زهد في الدنيا؛ هانت عليه المصيبات.)) [حل، خط، تمام، أبو القاسم الحلبي في ((حديثه))، الرزاز في ((المشيخة))، القضاعي، الأبنوسي في ((الفوائد))، العبدي فى ((جزئه))، ابن عساكر، القاسم بن عساكر ((تعزية المسلم))، وأبوه أيضا، الرافعي، ((الضعيفة)) (4550) ].
(Lemah) Daripada 'Ali RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang merindui syurga, dia akan berlumba melakukan kebaikan dan barang siapa yang takut kepada neraka, dia akan mengabaikan seruan syahwat. Dan barang siapa yang berwaspada dengan kematian, dia akan bersabar daripada kelazatan (dunia). Barang siapa yang berzuhud di dunia, musibah di dunia menjadi mudah baginya.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Khatib dalam al-Tarikh, Tamam, Abu al-Qasim al-Halabi dalam hadithnya, al-Razzaz dalam Al-Mashikhah, al-Qudha’i, al-Abnusi dalam al-Fawaid, al-Abdi dalam juznya, Ibn Asakir, al-Qasim bin Asakir Takziah al-Muslim dan ayahnya juga dan al-Rafi’iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4550].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman