Barang siapa yang merindui, (namun) menyembunyikannya dan menjaga maruahnya

TEKS BAHASA ARAB

من عشق وكتم وعف، فمات فهو شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang merindui, (namun) menyembunyikannya dan menjaga maruahnya lalu dia mati, maka dia dianggap syahid

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من عشق وكتم وعف، فمات فهو شهيد.)) [ابن حبان في ((المجروحين))، خط، الثعلبي في ((حديثه))، الكلابذي في ((مفتاح المعاني))، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((مشيخته))، ((الضعيفة))(409)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas Rhuma, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang merindui, (namun) menyembunyikannya dan menjaga maruahnya lalu dia mati, maka dia dianggap syahid.))
[Riwayat Ibn Hibban dalam Al-Majruhin, al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Tarikh, al-Tha’labi di dalam hadithnya, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, al-Silafi dalam al-Tuyuriyat, Ibn Asakir dan Ibn al-Jawzi di dalam Mashikhah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 409].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs