Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن عَشقَ وَكتمَ وعفَّ، فماتَ فَهوَ شَهيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang merindui, (namun) menyembunyikannya dan menjaga maruahnya lalu dia mati, maka dia dianggap syahid
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis no. 8638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Abbas Rhuma, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang merindui, (namun) menyembunyikannya dan menjaga maruahnya lalu dia mati, maka dia dianggap syahid.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam Al-Majruhin, al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Tarikh, al-Tha’labi di dalam hadithnya, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, al-Salafi dalam al-Tuyuriyat, Ibn Asakir dan Ibn al-Jawzi di dalam Mashikhah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 409].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman