Barang siapa yang menziarahi kubur maka dia bukan daripada kalangan kami

TEKS BAHASA ARAB

من زار القبور فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menziarahi kubur maka dia bukan daripada kalangan kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1760, hadis nombor 8863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قتادة قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من زار القبور فليس منا.)) [عب، ((الضعيفة)) (5506)].

(Lemah)
Daripada Qatadah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang menziarahi kubur maka dia bukan daripada kalangan kami.))
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5506].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.