Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن زارَ القبورَ ؛ فليسَ منَّا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menziarahi kubur maka dia bukan daripada kalangan kami.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1760, hadis no. 8863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من زار القبور فليس منا.)) [عب، ((الضعيفة)) (5506)].
(Lemah) Daripada Qatadah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang menziarahi kubur maka dia bukan daripada kalangan kami.)) [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5506].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman