Barang siapa yang menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

من زار قبر أبويه أو أحدهما في كل جمعة غفر له وكتب برا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, akan diberi keampunan dan dituliskan baginya kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718, hadis nombor 8636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من زار قبر أبويه أو أحدهما في كل جمعة غفر له وكتب برا.)) [طص، طس، الأصبهاني، ((الضعيفة))(49)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, akan diberi keampunan dan dituliskan baginya kebaikan.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Saghir, al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 49].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs