Barang siapa yang menyuruh perkara kebaikan maka jadilah urusannya itu perkara yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أمر بمعروف فليكن أمره بمعروف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyuruh perkara kebaikan maka jadilah urusannya itu perkara yang baik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis nombor 3929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنها – مرفوعاً: ((من أمر بمعروف فليكن أمره بمعروف)). [أبو العباس الأصم في ((جزء من حديثه))، علي بن الحسن العبادي في حديثه، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (590)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’: “Barang siapa yang menyuruh perkara kebaikan maka jadilah urusannya itu perkara yang baik.” [Riwayat Abu al-Abbas al-Asamm dalam Juz min Hadithih, Ali bin al-Hasan al-Abdi dalam Hadisnya, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 590]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.