Barang siapa yang menyinggahi (berjumpa suatu kaum) maka janganlah berpuasa sunat kecuali dengan izin mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من نزل على قوم فلا يصومن تطوعا إلا بإذنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyinggahi (berjumpa) suatu kaum, maka janganlah dia berpuasa sunat kecuali dengan izin mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله ﷺ: ((من نزل على قوم فلا يصومن تطوعا إلا بإذنهم)). [ت، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (2713)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menyinggahi (berjumpa) suatu kaum, maka janganlah dia berpuasa sunat kecuali dengan izin mereka."
[Riwayat al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Tirmidzi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, Abu Nu’aim dalam Akhbar al-Asbahan, dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2713]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.