Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من نزَل على قومٍ فَلاَ يَصُومَنَّ تَطَوُّعًا إلا بِإِذنِهِم.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyinggahi (berjumpa) suatu kaum, maka janganlah dia berpuasa sunat kecuali dengan izin mereka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis no. 5741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله ﷺ: ((من نزل على قوم فلا يصومن تطوعا إلا بإذنهم)). [ت، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (2713)]
(Sangat lemah) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menyinggahi (berjumpa) suatu kaum, maka janganlah dia berpuasa sunat kecuali dengan izin mereka." [Riwayat al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Tirmidzi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, Abu Nu’aim dalam Akhbar al-Asbahan, dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2713]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman