Barang siapa yang menyimpan anggur ketika musim menuai untuk menjualnya kepada orang Yahudi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حبس العنب زمن القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني [أو مجوسي]، أو ممن يعلم أنه يتخذه خمرا، فقد تقحم على النار على بصيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyimpan anggur ketika musim menuai untuk menjualnya kepada orang Yahudi atau orang Nasrani [atau orang Majusi] atau sesiapa yang dia tahu orang tersebut akan menjadikannya sebagai arak, maka sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke dalam neraka dalam keadaan mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis nombor 2309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من حبس العنب زمن القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني [أو مجوسي]، أو ممن يعلم أنه يتخذه خمرا، فقد تقحم على النار على بصيرة». [ابن حبان في «الضعفاء»، ابن الجوزي في «العلل»، طس، السهمي، هب، «الضعيفة» (6093)].

(Munkar) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang menyimpan anggur ketika musim menuai untuk menjualnya kepada orang Yahudi atau orang Nasrani [atau orang Majusi] atau sesiapa yang dia tahu orang tersebut akan menjadikannya sebagai arak, maka sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke dalam neraka dalam keadaan mengetahui". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Sahmi dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6093].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.