Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حَبَسَ العِنَبَ زمنَ القَطافِ حتى يَبيعَه من يهوديٍّ أو نصرانيٍّ [أو مجوسيٍّ]، أو ممن يعلمُ أنه يتخِذُه خمراً، فقد تَقَحَّم على النارِ على بصيرةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyimpan anggur ketika musim menuai untuk menjualnya kepada orang Yahudi atau orang Nasrani [atau orang Majusi] atau sesiapa yang dia tahu orang tersebut akan menjadikannya sebagai arak, maka sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke dalam neraka dalam keadaan mengetahui.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis no. 2309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang menyimpan anggur ketika musim menuai untuk menjualnya kepada orang Yahudi atau orang Nasrani [atau orang Majusi] atau sesiapa yang dia tahu orang tersebut akan menjadikannya sebagai arak, maka sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke dalam neraka dalam keadaan mengetahui". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Sahmi dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6093].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman