Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ وطيءَ امرأةً وهِيَ حائِضٌ ، فقُضِيَ بَيْنَهُمَا ولدٌ، فَأَصَابَهُ جذامٌ، فلا يلُومَنَّ إلَّا نَفْسَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, kemudian ditakdirkan (dari perhubungan itu) akan zuriat, maka anaknya itu akan ditimpa penyakit kusta. Maka janganlah dia menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis no. 4697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: من وطيء امرأة وهي حائض، فقضى بينهما ولد، فأصابه جذام، فلا يلومن إلا نفسه. [الأصم في حديثه، طس، الضعيفة (757)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, kemudian ditakdirkan (dari perhubungan itu) akan zuriat, maka anaknya itu akan ditimpa penyakit kusta. Maka janganlah dia menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri. [Riwayat al-Asamm dalam hadithnya, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 757].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman