Barang siapa yang menyerang kami pada waktu malam maka dia bukan dalam kalangan kami

TEKS BAHASA ARAB

من رمانا بالليل، فليسَ منا، ومن ‌رقد على ‌سطح لا جدار له فمات، فدمه هدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menyerang kami pada waktu malam, maka dia bukan dalam kalangan kami, dan barangsiapa yang tidur di atas bumbung rumah yang tidak berdinding lalu mati, maka darahnya itu sia-sia.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis nombor 2990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً بالشطر الثاني) عن عبد الله بن جعفر –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من رمانا بالليل؛ فليسَ منّا، ومن ‌رقد على ‌سطح لا جدار له فمات؛ فدمه هدر)). [طب، ((الضعيفة)) (6685)]

(Sangat lemah pada bahagian kedua) Daripada Abdullah bin Jaafar RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barangsiapa yang menyerang kami pada waktu malam maka dia bukan dalam kalangan kami, dan barangsiapa yang tidur di atas bumbung rumah yang tidak berdinding lalu mati, maka darahnya itu sia-sia. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6685]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs