Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri

TEKS BAHASA ARAB

من أشرك بالله فليس بمحصن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: «من أشرك بالله فليس بمحصن». [قط، هق، «الضعيفة» (717)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri.” [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 717].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs