Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَشْرَكَ بِاللَّهِ فَلَيْسَ بِمُحْصَنٍ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis no. 2411.

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «من أشرك بالله فليس بمحصن». [قط، هق، «الضعيفة» (717)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka dia bukan seorang yang menjaga kehormatan diri.” [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 717].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.