Barang siapa yang menyeksa benda hidup kemudian dia tidak bertaubat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyeksa benda hidup kemudian dia tidak bertaubat, nescaya Allah akan menyeksanya di hari kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 417, hadis nombor 2247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة». [حم، «الضعيفة» (5089)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa yang menyeksa benda hidup kemudian dia tidak bertaubat, nescaya Allah akan menyeksanya di hari kiamat kelak." [Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5089].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.