Barang siapa yang menyebutkan(zikir) ketika dia menuju ke tempat tidurnya

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله الذي علا فقهر، وبطن فخبر، ‌وملك ‌فقدر. الحمد لله الذي يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير، خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebutkan(zikir) ketika dia menuju ke tempat tidurnya: “Segala puji bagi Allah yang tinggi lagi kuat, mendalami dan mengetahui, serta memiliki dan menentukan. Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, Dialah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”, nescaya dia akan keluar daripada dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 582, hadis nombor 2994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله الذي علا فقهر، وبطن فخبر، ‌وملك ‌فقدر. الحمد لله الذي يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير، خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه)). [طس، هب، ((الضعيفة)) (6820)]

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Barang siapa yang menyebutkan(zikir) ketika dia menuju ke tempat tidurnya: “Segala puji bagi Allah yang tinggi lagi kuat, mendalami dan mengetahui, serta memiliki dan menentukan. Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, Dialah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”, nescaya dia akan keluar daripada dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6820].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs