Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu

TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير – عشر مرات -؛ كن له كعدل عتق عشر رقاب، أو رقبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, sebanyak sepuluh kali, maka baginya (pahala) seumpama membebaskan sepuluh orang hamba.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis nombor 7719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي أيوب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير – عشر مرات -؛ كن له كعدل عتق عشر رقاب، أو رقبة)). [حم، الفسوي، طب، هب، ((الضعيفة)) (5126)].

(Shaz)
Daripada Abi Ayyub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, sebanyak sepuluh kali, maka baginya (pahala) seumpama membebaskan sepuluh orang hamba.”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, al-Faswi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5126].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.