Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ الْحَيُّ الَّذِي لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرِ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ، لَا يُرِيدُ بِهَا إِلَّا وَجْهَهُ؛ أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهَا جَنَّاتِ النَّعِيمِ.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang maha Hidup yang tidak mati, dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara', tidak menginginkan dengan (menyebut)nya melainkan keredhaan-Nya, maka Allah akan memasukkannya di dalam syurga yang penuh nikmat (kerana ucapan tersebut).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis no. 7721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو الحي الذي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا يريد بها إلا وجهه؛ أدخله الله بها جنات النعيم)). [طب، ((الضعيف)) (5128)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang maha Hidup yang tidak mati, dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara', tidak menginginkan dengan (menyebut)nya melainkan keredhaan-Nya, maka Allah akan memasukkannya di dalam syurga yang penuh nikmat (kerana ucapan tersebut). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5128].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman