Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum setiap perkara

TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله قبل كل شيء، ولا إله إلا الله بعد كل شيء، ولا إله إلا الله يبقى ربنا ويفنى كل شيء؛ عوفي من الهم والحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum setiap perkara dan menyebut Tiada Tuhan melainkan Allah selepas setiap perkara, dan tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Kami kekal dan binasa setiap sesuatu, maka dia akan dipelihara daripada kebimbangan dan kesedihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis nombor 7717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله قبل كل شيء، ولا إله إلا الله بعد كل شيء، ولا إله إلا الله يبقى ربنا ويفنى كل شيء ؛ عوفي من الهم والحزن)). [طب، ((الضعيفة)) (5176)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut: Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum setiap perkara dan menyebut Tiada Tuhan melainkan Allah selepas setiap perkara, dan tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Kami kekal dan binasa setiap sesuatu, maka dia akan dipelihara daripada kebimbangan dan kesedihan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5176]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.